UMAG'S ditubuhkan pada tahun 1999 diketuai oleh Mohd Fauzi atau dikenali sebagai Tok Moh. Ketika itu UMAG'S bertapak di UNiSEL kampus Shah Alam kerana UNiSEL kampus Bistari Jaya belum dibina lagi. Pada tahun 2004 Zulfikri Bin Zaky telah mengambil alih sebagai presidenUMAG'S diikuti oleh Mohd Hairi Bin Sulaiman. Kini UMAG'S mempunyai dua cawangan iaitu di UNiSEL Shah Alam dan juga Bistari Jaya. Secara rasmi pada tahun 2007, Faizatul Nadia bt Suliman @Selamat telah dilantik menjadi presiden UMAG'S S.A. Pada Julai 2009 Mohd Yazid bin Yahya telah mengambil alih tugas sebagai presiden. Sepanjang penubuhan UMAG'S S.A, berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
- XPDC Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan
- Urban Challenge
- Jejak Ilmu Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah (kerjasama dengan UMAG'S B.J)
- Ramadhan bersama UMAG'S
- XPDC Gunung Bunga Buah, Bentong Pahang
- XPDC Gunung Brinchang-Irau, Cameron Highland Pahang
Aktiviti yang bakal dijalankan:
- Trans Titiwangsa